Kehidupan awal Vincent_van_Gogh

Dilahirkan di Zunbert, wilayah Brabant Utara, Belanda Selatan, ayah Van Gogh, Theodorus, merupakan seorang paderi bagi Gereja Pembaharuan Belanda ([[bahasa Inggeris: Dutch Reformed Church) yang kecil. Ibunya bernama Anna Cornelia Carbentus. Van Gogh mempunyai dua orang adiklelaki dan tiga orang adik perempuan yang bernama Anna, Theo, Cornelius, Elizabeth, and Wilhelmien.

Ketika berusia dua belas tahun, Van Gogh bersekolah di sekolah berasrama di kampung Zevenbergen, yang terletak 15 batu dari situ dan tamat persekolahannya ketika berumur 16 tahun. Menggunakan pengaruh bapa saudaranya, Cent, beliau bekerja di pejabat Goupil & Cie di Hague. Goupil merupakan pusat pembaikpulih, khusus dalam menyalin lukisan-lukisan terkenal. Apabila Van Gogh mencapai umur 20 tahun, beliau telah ditukarkan, dengan perakuan yang baik, ke cawangan Goupil di London pada bulan Mei 1873 dengan gaji sebanyak 90 lire setahun. Beliau menyewa sebuah bilik di rumah Mrs. Loyer yang mempunyai seorang anak perempuan bernama Ursula/Eugenie, dan di situlah bermula hubungan cinta pertamanya dengan wanita yang selalunya putus setengah jalan. Van Gogh mencintai Ursula tanpa memberitahunya dan ketika beliau meluahkan perasaannya terhadap Ursula, beliau mendapati bahawa Ursula tidak pernah mencintainya dan ini mematahkan semangatnya.

Pada tahun 1875, Cent, bapa saudaranya, mengaturkan pertukaran Van Gogh ke cawangan Paris dengan harapan semangatnya dapat dipulihkan dengan pertukaran tempat bekerja. Di sini, beliau menjadi bertambah cuai dalam kerjanya dan setelah diberikan tiga bulan notis, maka berakhirlah latihannya selama enam tahun sebagai seorang peniaga seni. Van Gogh yang ketika itu berusia hampir 23 tahun, menganggur dan tidak mempunyai sebarang rancangan untuk masa hadapan. Beliau membuat keputusan untuk pulang ke England, di mana beliau bekerja sebagai seorang guru di sebuah sekolah berasrama. Selepas berhenti dari situ, Van Gogh mengajar di sebuah sekolah di Isleworth.